Shahrom Bin Md Yusof

November 25, 2014 2:8 am

Solat sunat fajar dan sunat qabliyah

Assalamualaikum ustaz,ade ustaz lain mengatakan bahawa solat sunat fajar dan sunat qabliyah subuh adalah 2 solat sunat yg sama.mohon pencerahan ustaz.

(25/11/2014) - Jawapan Sememangnya terdapat perbezaan pendapat ulama berkenaan solat sunat fajar dan solat sunat qabliyah subuh. Sebahagian ulama berpendapat terdapat solat sunat fajar iaitu dua rakaat sebelum solat sunat qabliyah subuh. Iaitu solat malam terakhir sebelium azan subuh dilaungkan. Berkata Imam Ahmad aku tidak melakukannya tetapi aku tidak melarang dari sesiapa untuk mendirikannya.

Sebahagian yang lain seperti Imam Malik berpendapat bahawa solat malam terakhir yang sunat dilakukan adalah solat witir. Sebagaimana Rasulullah saw mendirikan solat witir pada akhir malamnya. Merujuk kepada hadits berikut : اجعلوا اخر صلاتكم بالليل وترا Jadikan akhir solat malam kamu dengan solat witir. (Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Golongan yang berpendapat bahawa masih terdapat solat sunat fajar sebelum azan subuh berpandukan hadits berikut :

1) Dari Ummi Salamah rha aku bertanya kepada Aisyah rha tentang solat Rasulullah saw lalu dia berkata : Bahawa Rasulullah mendirikan solat 13 rakaat. Iaitu 8 rakaat kemudian mendirikan solat witir (5 rakaat). Selepas itu Rasulullah solat dalam keadaan duduk apabila dia hendak rukuk dia bangun berdiri. Kemudian dia mendirikan solat dua rakaat di antara azan dan iqamah dari solat subuh. (Muslim)

2) Dari Abi Umamah ra bahawa Rasulullah saw solat dua rakaat selepas solat witir dalam keadaan duduk. Membaca pada rakaatnya surah zalzalah dan Alkafirun. (Ahmad) Dengan sanad yang hasan.

Kesimpulannya terdapat dalil yang sahih tentang solat sunat fajar iaitu waktunya adalah selepas mendirikan solat witir dan sebelum azan subuh dilaungkan. Dari w/a kuliah ustz Rafee

والله اعلم